Isnin, 17 Jun 2013

bersama selamanya

salam sejahtera

awak apa khabar? sihat?......

1..2...3 minit duk tenung skrin laptop... sambil dengar lagu JK  :)
susah betul nak menjiwang karat dalam blog  :p
sebenarnya..kan... nak bagi tahu
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
hari ini
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
 Alhamdulillah...dah masuk ulang tahun ke-12
'
'
'
'
bersama dengan anugerah yang tak ternilai harganya
permata hati kami
'
'
'
'
'

Doakan kami bersama selamanya bahagia hingga ke sana :)



Isnin, 10 Jun 2013

adik dah besar :)



Semalam adik  ambil kotak kokokrunch dan gunting..adik minta mama buatkan bintang...dengan gigihnya mama gunting..dah siap ..mmm..ada 4 bucu je yang mama buat..oklah..adik bukannya perasan...mama bagi pada adik...adik tengok..belek-belek..mama tengok adik macam pelik je...kenapa adik?mama tanya...ini bukan bintanglah mama..bintanglah tu...bukan!..habis tu bintang macamamana?... ini shuriken! kata adik...adoi!..pedih!!..kan!.. bila kat atas tu adalah abang-abang..shuriken pun adik kenal! :)

google punye.... shuriken..yang tengok kartun naruto mesti kenal..
 
..mama buatkan bintang yang lain pulak...1..2..3..4..5 buju..siap...yang ni baru betul bintang...terima kasih mama!

...pun google punye...



10 JUNE 2009---------> 10 JUNE 2013....adik dah 4 tahun.

 " HAPPY BIRTHDAY "

...anak mama dah besar rupanya..mama tak boleh kelepet da.. :)

...moga adik menjadi anak yang solehah.. ~amin~









notahati: mama tak sempurna..apa yang mampu mama buat, adalah mendoakan agar anak2 mama semua sentiasa dijaga olehNYA..