Inilah cerita Jaja yang meminang ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sebagai suami. Tegarkah Jaja seorang media planner memilih hidup ala-ala 'zuhud' macam Din nanti?
JAJA
"....Kata orang cinta itu buta!
Selalu sudah menghafal premis itu...
sehinggalah aku bertemu dia. Sekarang ini aku sedang 'buta' la.. kerana memilih dia,bukan orang lain.
Kata orang cinta itu meruntuhkan dinding rasa.
Tidak pernah percaya pada kata-kata ini..sehinggalah matanya merenung aku pagi itu.
Mulai saat itu,aku rasa hati aku ini sudah sesat tiada jalan pulang lagi.."
m/s 1
"...Cerita ini, sebuah cerita biasa,tetapi aku sengaja menjadikannya luar biasa.Yalah , kerana akulah yang terpaut kepadanya. Lalu yang pastinya,aku menyukai dia lebih banyak daripada dia menyukai aku! Ataupun dia tidak pernah sekali menyukai aku? Itulah yang aku rasa. Itulah kenyataannya, barangkali. Aku si Jaja terpaksa menebal rasa untuk melamarnya..."
"...Memalukan, kan! Tetapi tak kisah,asalkan aku dapat kahwin dengan dia. Cinta memerlukan langkah pertama, kalau dia tidak mahu melangkah...kenapa tidak aku memulakan langkah dahulu, kan? .. "
m/s 2
DIN
"... Lamaran Dato Dr.Akmar Aziz sebentar tadi membuat Burhanuddin serba salah. Soal ini bukannya dia dapat memberi jawapan dalam masa sejam dua. Dia perlu masa untuk istikharah, dia juga perlu masa memberitahu emaknya..."
m/s 257
"....Bukannya sukar untuk dia menjawabnya berdasarkan rasanya sahaja.
Tetapi dia ingin memohon redha Allah.
Wajah sayu Cik Faiza sewaktu di Hentian Duta itu memang melekat di hatinya.Wajah sedih dan airmatanya berjurai itu tidak mungkin dia lupa dengan mudah. Tidak pernah dia tahu, itulah rahsia hati yang ada pada gadis yang taktala itu rupa-rupanya sedang melambai-lambai ke arahnya. Gadis itu ada rasa cinta kepadanya. Dia tidak harus mencemuh perasaan yang ada pada cik Faiza, kerana cinta itu anugerah Allah. Bukan semua makhluk dianugerahkan rasa itu..."
m/s 258
Novel yang diterbitkan pada tahun 2009. Baru kini saya perasankannya..kesian jaja & din.
Petikan tadi adalah antara isi-isi dalam novel jaja& din. Kisah yang di luar jangkaan saya. Cerita yang lari dari kisah novel yang biasa saya baca.Satu tindakan dari jaja yang saya kira tindakan berani mati..
Ada yang pernah buat ke?..berani ke awak buat tindakkan sebegitu?(pertanyaan khusus untuk kaum wanita ye! :)
Karya Noor Suraya ini, saya kira berbaloi untuk saya milikinya. Saya tak pandai mengolah cerita..saya kira petikan-petikan yang saya ambil itu akan membuatkan awak2..ternanti-nanti..tertanya-tanya..kisah selanjutnya...jadi dapatkanlah ianya sekarang! :)