Ahad, 16 Mac 2014

Day 9 MH370 : Hujan

salam sejahtera



 Cerita semalam...MH370 mungkin dirampas...Selepas berita itu dilaporkan...hujan pun turun....besarnya kuasaNya.


google

Hujan yang turun bagaikan mutiara...begitulah diibaratkannya...dah lama tak bau hujan..dah lama tak merasa hujan...Alhamdulillah, semalam hujan turun...teruja..rasa macam nak melompat-lompat dalam hujan...macam dulu-dulu...main hujan..mandi hujan.. awak pun sama.... .kan?  :)


google

Semalam..cukup seminggu kehilangannya... dan berita baik walaupun tidak sedap didengar..MH370 dilaporkan dirampas....itulah yang terbaik buat masa ini....moga semuanya..yang berada di dalam MH370 selamat..
.....semoga masih ada sinar harapan...





Sabtu, 15 Mac 2014

senyum :)

salam sejahtera
 
google
 
 Suka melihat kawan-kawan semua bahagia..suka melihat orang sekeliling sentiasa penuh gelak tawa..suka melihat orang yang disayangi gembira..sangat suka melihat kejayaan mereka ..Ya!..saya suka melihat semua itu... sentiasa... insyaAllah,akan mendoakan yang baik-baik buat mereka..
mereka?...anda..sahabat..keluarga..saudara
InsyaAllah...saya tidak pernah lupa..bagi mereka yang kesedihan..kesusahan...saya mengingatinya dengan cara saya... saya tahu saya bukan orang yang hebat...bukan berharta...bukanlah baik sangat...tapi... saya cuba...  

'DIA tahu cara saya'


google

Rabu, 12 Mac 2014

Day 5 : MH370



pic:google

pic:google


...kerdilnya kami disisi Mu, ya ALLAH...hanya kepadaMu kami meminta pertolongan...hanya kepadaMu kami berserah....

Ahad, 2 Mac 2014

ke Korea lagi.... School 2013

salam sejahtera

Bukan ke Korea ye.. pasal drama korea ;)
Semalam baru sahaja menghabiskan drama siri korea School 2013 .Ada sesiapa yang menonton drama korea tak?..Maaflah ye bagi yang tak minat tu,hari ni termasuk cerita korae ;)

memanglah saya ni dah dipengaruhi dengan cerita-cerita korea..tak kuat dengan jangkitannya...hehee
Drama School School 2013 saya tengok sebab pelakonnyalah..hahaa..
Rupanya,memang tak rugi menontonya..Setakat ini drama korea yang saya tengok,inilah drama yang banyak pengajaran...

School 2013.. gambar pakcik google

Punyalah nak menghabiskan cerita,dah sampai meleleh air hidung mata.Pengorbanan,keihlasan,persahabatan,keadilan,amanah...semuanya cukuplah..disyorkan ditonton oleh murid2,para cikgu2..mak bapa sekali :)
Carilah ilmu hatta sampai ke negara China korea  :P


Dah terlanjur cerita pasal cikgu2 ni..
Nak beritahu lagi, saya selalu mengikuti bolg seorang cikgu ni,memang dah terkenal juga blog cikgu ni, suka baca blog dia sebab..cikgu ni sangat rajin!..nak tau bacalah sendiri kat sana---> http://www.cikguhailmi.com/
Masa duk menjelajah blog cikgu hailmi tu, dia syorkan blok yang ini pula --->http://ahkamkoko.blogspot.com/  ..... belum habis membongkar isi blog ini, tapi, memang salutelah cikgu ni...

" Keberkatan" dalam mencari ilmu itu sangatlah penting, insyaAllah apabila keberkatan itu ada, ilmu itu tak akan hilang ditelan masa...