Selasa, 27 November 2012

terima kasih mak!!

Assalamualaikum.

Mak!.. mak apa khabar? mak sihat? mak dah makan?..mak cukup tidur tak? mak penat ye?!

Maaf mak, saya kat sini mak kat sana..jadi, tak dapat nak masak untuk mak..

Maaf mak, saya kat sini mak kat sana..jadi, saya tak dapat nak picit mak kala mak penat kerja seharian..tapi hari tu rodhi ada bagi mesin urut yang tak berjenama tu..mak dah guna ke?..macammana mak?..lega sikit tak?

Maaf mak, saya kat sini mak kat sana..jadi, saya dah tak dapat teman mak tidur..

Mak.. 
Walaupun mak tak dengar dan mak tak baca blog saya.. saya tau mak akan tau juga perasaan saya ini..walaupun kita tak berkomunikasi macam orang lain.. 

Mak..
Sempena hari lahir saya pada hari ini ..saya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada mak... 
kesusahan..kepayahan..keperitan..kejerihan
yang telah mak lalui masa mak lahirkan, serta membesarkan saya..tak dapat untuk saya membalasnya..
  
" Ya Allah ya tuhanku..Kau ampunkanlah dosa kedua ibubapaku..ku memohon kepadaMu kesejahteraan keatas kedua ibubapaku..Kau lindungilah mereka dari perkara yang tidak baik...Kau limpahkanlah rezeki buat mereka..Kau berkatilah hidup mereka..Kau lindungilah hati mereka..Semoga mereka sentiasa dijaga olehMU..amin."


Sabtu, 24 November 2012

aku panjat pokok?!!

Semalam semangat berkobar-kobar nak cerita pasal dulu-dulu.
Dulu-dulu..masa kanak-kanak ribena.Memang indah bila nak dikenang bila umur dah bertambah ni.Umur je bertambah,hati sentiasa muda..hehe

Oleh kerana sekarang ni musim buah.Nak cerita pasal buahlah.Bila dah duduk di perantauan ni, aku dah jarang nak makan buah2 ni.Bukan tak ada yang jual buah2 kat sini,berlambak kat tepi jalan tu..tapi tak ada nafsu nak beli,walaupun nafsu nak makan tu ada, tapi...

sumber google ; nampak kan! berlambak!!

 
Setiap kali nak cuba beli.. mulalah..tak freshlah..buah dah lama lah.. memilih betul!! Bersyukurlah apa yang ada tu(ketuk kepala jap)..sebab tulah aku jarang beli..Kalau nak sangat baru beli..Bukan apa..nilah yang nak buka cerita masa zaman kanak2 rebina.. hehe..

Bersyukur sangat aku dibesarkan di kampung..rumah di tepi jalan besar/jalan utama (dululah.. sebelum ada highway tu..)
 Lepas tu belakang rumah ada kebun buah..korang cakap nak apa? .. manggis..langsat..cempedak..jambu..rambutan..durian pun ada!..opss lupa pulak,tak ketinggalan buah mata kucing.. aku panggil buah bedara (bidara lah tu) yang terletak depan rumah je... ko ada!..yang tak ada buah epal..anggur..strawberi je.. hahaha..
Kan aku dah cakap...bukan aku memilih, dah kalau semua buah,senang2 je dapat yang fresh nak cakap apa lagi. Cuba korang bayangkan... ( aku, nak ingat baliklah..) .. nak buah manggis aku panjat pokok manggis..makan atas pokok lagi(ok! jgn tiru ye!..tak sopan namanya tu! )..rasanya..mmm nikmatnya! like a heaven. Dengan rasanya yg manis..baunya yg harum.. isinya yg putih susu.. ...syukur alhamdulillah aku dapat rasa semua tu.. 

sumber google : manggis oh! manggis

Belum lagi aku cakap bila nak makan durian..tunggu jelah sambil menonton tv..gedebuk!..durian jatuh..apa lagi,kutip la..makan jam tu juga..wanginya durian tu..usah cakap..terbaik!!

sumber google: raja segala buah

Kalau nak diikutkan semua buah nak diceritakan..semua buah ada kenangan..dah,yang ni last aku cerita... pasal buah rambutan...rambutan macam2 jenis ada..aku paling suka makan buah rambutan yang warna kuning tu aka rambutan gading..dulu-dulu kat tepi rumah je..nak makan kait je.. dulu rambutan tu aku hiris banyak2 kemudian simpan dalam peti..dah sejuk baru makan..korang pernah buat?..sedap tau!!
  
sumber google: rambutan gading yang aku suka :)
 Sebenarnya cerita buah-buahan ini adalah lanjutan dari kisah mak aku yang datang minggu lepas..masa mak aku datang kat rumah aku, ada beli sikit buah langsat dan manggis kat tepi jalan.. masa mak aku balik kampung, aku suruh mak aku bawa balik sekali buah (langsat je)..pasal takde orang yang nak makan..bila mak aku dah balik, aku terasa nak makan manggis..bila aku tengok..manggis dah tak ada!..uwwa!!..sekali ngan manggis mak aku ambik...huhu..takde rezeki aku..nak pergi beli dah malas..mujurlah sempat aku makan 2-3 biji hari tu..takpelah..

 

Khamis, 22 November 2012

Doa untuk Gaza



sumber google

 Assalamualaikum.

Berpeluh juga nak buat entri ini.Sedar sepatutnya dah lama buat entri ini, tapi tak ada kekuatan. Sedar diri juga, rasanya tak layak untuk bercakap tentang ini.Sebenarnya hati ini banyak bertanya..cukup ke? ikhlas ke?perlu ke?

Semua sedia maklum, bumi Gaza diserang Israel..nak sebut Israel pun rasa macam nak pitam. Dengan kekejaman yang dilakukan oleh mereka rasa nak tembak mereka itu..

Serius cakap, aku memang tak sanggup nak tengok gambar rakyat Pelestin yang dipaparkan di merata tempat,tak kiralah di mana medium pun.Gambar kesan dari bedilan..tembakan..... hatiku berbisik, perlu ke paparkan gambar jenazah mereka yang terkorban..sangat2 menyayatkan hati..aku tak sanggup nak lihat..bukan nak cari salah..namun hati kecilku ini berkata..'hormatilah jasad itu' ..   

DOA.. doalah dengan ikhlas!..doakan moga rakyat Pelestin sentiasa dilindungi Allah S.W.T  ...  
Aku?.. tak mampu nak berkata-kata..ikhlas dari sudut hati aku..aku hanya mampu untuk mendoakan..doa2 dari saudara2 sesama islam untuk rakyat pelestin dimakbulkan olehNya.. ah!susah sangat ke untuk mendoakan kesejahteraan rakyat pelestin?.. dah itu saja aku mampu... setiap kata, setiap kalam adalah milikNya...

Aku tahu aku banyak kekurangan...

Sabtu, 17 November 2012

dah sampai...tapi disalahsangka!

Assalamualaikum & salam sejahtera..
Ingat nak simpan dulu cerita hari ini, tapi takut terlupa dan mungkin dah basi( ingat nasi je basi? :) lagipun sekarang ni tengah tak berapa nak sihat,sementara masih kuat dan diberikanNya kesihatan yang baik(alhamdulillah), ku teruskan jua( macam nakpergi berperang pulak)..almaklumlah bukan senang aku nak buat entri yang baru..ada je alasannya ^_^
panjang punya cerita..ada2 je..sebenarnya entri ni dibuat untuk mengucapkan terima kasih buat
kakjie .. tak sangka pulak peraduan yang dianjurkan oleh beliau, yang turut aku serta..walaupun aku tak menang,kakjie masih bermurah hati untuk memberi cenderhati..
Nak cerita sebelum ketibaan cenderhati dari kakjie..biasanya aku akn bukan notebook kesayangan,selepas sarapan..tengok2 status fb...tapi hari ini memang aku tak sentuh langsung..tengah asyik duk mengemas rumah,almaklumlah ada yang nak datang bertamu di rumahku.Tengah duk masak untuk makan malam,di waktu petang terdengar orang bagi salam..ingatkan tetamu dah sampai..rupanya pak posto..mmm..ingatkan en.somi punya..aku punya!..dari siapa?

siapa pulak dia ni?..mana aku kenal.. ingatkan sepupu yg nak buat suprise,maklumlah tak lama lagi besday aku..tapi,sepupu aku nurul aisyah..yang ni siti nur aishah..sepupu aku tu memang duk kat PJ..no pon lain lah pula.. maaf! aku buka dulu..sebab nak tengok kat dalam kot ada surat..tapi takde..yang ada cenderhati tu je..mmm.. camni aku kena call dululah yg empunya pengirim..dah call aku cakaplah aku ada terima..bla..bla..bla.. rupanya cenderhati tu dari kakjie..cuma kakjie minta tolong cik siti nur aisyah yg kirimkan.. ingatkan dia salah hantar..maaflah,kakjie dah tinggal pesanan..cuma aku lambat buka fb ari ni( dah pukul 12.19am/17 nov dah..jadi ni cerita semalamlah ye..) Nak tayang cenderhati yang kakjie beri..cantik!..terima kasih kakjie ^_^


 

Khamis, 15 November 2012

di sini nak di sana mahu

Assalamualaikum & salam sejahtera.
Nak cakap pasal dilema....seperti ibarat pepatah ini..'diluah mati emak..ditelan mati bapa'...yang ini mahu..yang sana pun hendak juga..pernah tak korang mengalami situasi ini?..bagaimana korang menangani masalah ini?... sukar tak? @ mungkin bila menggunakan akal yang waras..perkara ini adalah mudah untuk korang hadapinya..kita ini hanya manusia biasa..kadangkala alpa..kadangkala mengikut nafsu..namun bersyukurlah pada mereka melihat perkara ini adalah satu ujian dan BERSERAH..


Selasa, 6 November 2012

lepas solat subuh?!!

Assalamualaikum..dan salam sejahtera.
Puas juga nak mamujuk hati ini,untuk buat entri yang baru,nak sambung cerita raya haji yang lalu.Punyalah lama nak memikir ayat,sampailah hari ini barulah terbuat.
Nak tanya kamu-kamu..bahasa pasarnya,'koranglah'.Pernah tak dekat tempat kelahiran korang..sebelum nak tanya,nak buat ayat penyata kejap.Biasakan kita sebagai umat islam mengadakan majlis tahlil.Kebiasaannya majlis ini diadakan pada selepas waktu solat zohor..asar..maghrib @ isya'...kan!kan!.... nilah persoalan aku..majlis tahlil selepas solat subuh!!..Ha! korang pernah jumpa tak?..Majlis ni bukan lepas solat subuh...jam 10 pagi ye!..yang ni betul2 lepas solat subuh..lepas subuh maksud aku dalam pukul 6 lebih(am)..benda ni sebenarnya dah menjadi biasa kat kampung aku.
Tercetusnya idea untuk buat entri ini pun disebabkan oleh 'mereka' yakni mereka yang kahwin dgn orang kampung aku..errkk termaksuklah en.somiku.. yang terkejut dengan waktu majlis itu. aku ingat perkara ini adalah biasa, rupanya kat kampung aku je yang memang biasa  kot..


 yang kat atas tu,gambar majlis tahlil kat kampung aku raya haji yang lepas.Biasanya jemputan adalah mereka yang hadir ke masjid,serta jiran tetangga.kali ini tak berapa ramai yang datang sebab ada 2 buah rumah lagi yang juga buat majlis tahlil,jadi jemaah masjid dibagi sama rata..Ha! kan aku dah kata majlis lepas subuh ni dah jadi kebiasaan kat kampung aku!

Ha! korang-korang!..pernah tak merasai majlis tahlil selepas subuh?