Jumaat, 24 Mei 2013

... impian @ kehendak

salam sejahtera..



setiap rezeki itu sudah ditentukanNya.itu saya tahu.. noktah.


 impian+kehendak= kuat berangan :)

angan-angan saya...

1- nak pergi 'obesee' main salji....tapikan,saya tak tahan sejuklah..awak -awak pernah main salji tak?...best tak?


....gambar google

2- dulu-dulu masa kanak-kanak ribena...kat rumah ada satu globe..dalam tu ada ikan..saya geram tengok benda tu..nak goncang-goncang je benda tu...tapikan, mak saya tak bagi main..boleh tengok je..nanti besday saya..awak-awak nak bagi saya hadiah macam ni pun ok je...comelkan?!

...gambar google

 3- antara hobi saya yang baru..suka klik-klik... belum mampu untuk menggapainya..ishk..ishk..

...gambar google


4- yang ni pun... putih mata tengok 'rega'nya..platinum...macam mylucky cakap...saya keras kepala macam platinum titanium..heheehe..adakah patut dia cakap macam tu :P
sweeeet..sangat...kan?!...kan?!


...gambar google



5- ......teringin naik benda ni
jangan ketawa ok?!  :P


...gambar google
6- saya suka buku... bestnya dekat rumah ada macam ni..jom kita lepak kat sini :)




notahati: insyaAllah ..saya bersyukur dengan apa yang saya miliki sekarang..cuma..kadang-kadang..saya terleka dengan syurga duniawi ini..betulkan saya..tegurlah saya.. ketika saya salah/alpa :)

~ pastinya...yang saya teringin sekali ~..moga Dia menjemput saya kerumahNya..amin.

Khamis, 16 Mei 2013

* selamat hari guru * :))

salam sejahtera
sudah lama tak buat karangan yang panjang-panjang...dah tak pandai nak menyusun ayat-ayat puitis( kononnya :) kala dulu, sampai berkajang-kajang..nak menyampaikan maksud...entah apa yang ditulis..sekarang, 'straigh to the point'... cakap isi terus..

dari semalam mencari ayat..mencari kata..rangkanya sudah ada..isi sudah ditetapkan..namun, otak pulak tetiba serabut..

di awal pagi ini cuba juga..gigihkan diri..kuatkan azam..saya mesti boleh! :)

salam kasih sayang buat semua cikgu..
saya cuba mengingatkan kembali nama-nama cikgu yang pernah hadir dalam hidup saya..cikgu-cikgu yang mengajar saya...cikgu-cikgu yang mendidik saya..cikgu-cikgu yang tak jemu membetulkan kesalahan..cikgu-cikgu yang tak jemu memberi kata nasihat..cikgu-cikgu yang sentiasa memberikan kasih sayang ... 

kesusahan..kepayahan..keperitan..kejerihan..yang cikgu lalui ketika mendidik saya dan rakan-rakan..amat saya hargai...
banyaknya jasa insan bernama cikgu...terima kasih cikgu!
 tiada apa untuk diberi kepada cikgu...hanya DOA untuk cikgu-cikgu semua..

untuk cikgu aminah, cikgu fuad, cikgu m.yassin, cikgu tajuddin, cikgu yang kamsiah, teacher mazian, cikgu mohamad, cikgu rahim, cikgu kamal arif, teacher harlina,teacher hanim, sir zulkifli, cikgu husni'zain, cikgu zolkapli, ustazah fatimah, ustazah siti hajar, cikgu wan azmi, cikgu zulkifli hashim, cikgu suffian, ustaz Ihya'uddin,arwah ustaz abdul hamid, ustazah azizah,cikgu zainun, cikgu azimah, cikgu marzana, ustaz nafizal, cikgu rusli, cikgu wahab, cikgu sabariah, cikgu mazmai,cikgu sarina fitri,cikgu rosnah,ustazah rosnani, cikgu fauziah, cikgu norhayati, sir kamaruddin,cikgu hussaini dan semua cikgu (yang mungkin saya terlupa)
 dengan tulus ikhlas saya ingin mengucapkan

 '
'
'
'
'
'
'
'
 '
'
'
'
'
'
 '
'
'
'
'
 
'
'
'
'
 :)

Rabu, 8 Mei 2013

Khamis, 2 Mei 2013

saya suka klik :)

salam sejahtera.

Minggu lepas kami sekeluarga pulang ke kampung saya..Dapat berita abang saya masuk hospital...jadi kami pulang dengan mengejut ..ikutkan hujung bulan mei baru balik ke kampung..semoga beliau cepat sembuh..

Dalam pada pulang ke kampung sempat juga menjelajah beberapa buah daerah kat pahang tu... kampung di Maran... abang duduk di hospital di Temerloh..lepas tu menghantar ibunda ke Kuantan...Jadinya minggu lepas kerja kami mengukur jalan..sambil-sambil tu,seronok tengok tepi-tepi jalan dengan perang poster,bendera..maklumlah nak mengundi ni.. gambar yang tu anda kat sini

jom kita tengok apa yang menarik perhatian saya ...

kejadian yang berlaku ketika perjalan pulang ke kampung..alhamdulillah kejadian ini berlaku sebelum kami lalu di sana..alhamdulillah tiada kenderaan lain yang turut terlibat.. treler pecah tayar.,betul2 stop di tengah jalan di jalan mendaki(bukit)
terserempak dengan pelangi...subhanallah..
kawasaki ninja motor club...berselisih pula dengan mat/minah motor .. otw dari kuantan..terserempak lagi mereka di RnR temerloh..
jalan selepas tol karak..


notahati: saya suka klik sana klik sini..saya pakai kamera phone cap ayam je... teringin nak kamera yang 'bling'..yang sesangat mahal tu.. tak dapat yang tu, yang tak berapa mahal pun saya ok je :))