Selasa, 23 April 2013

petua selsema

 

 salam sejahtera

nak cerita pasal malam semalam.. mysara kena selsema.. ubat selsema yang masih banyak tertinggal pula dekat rumah mak chik .. dah agak, malam tu tidur mesti tak selesa..2-3 pagi terjaga menangis, hidung tersumbat..tak selesalah tu..dah memalam,dengan mata yang separuh terbuka..nak letak vicks,dah lupa letak kat mana...nak mencari dengan mata yang mengantuk separuh tertutup ni.. almaklumlah :) 
 apa nak bagi ni?..otak dah jadi macam cerita kartun jimmy neutron ..ting! (bayangkan lampu menyala di atas kepala :) tetiba je teringat petua orang lama..sapu kunyit hidup kat hidung.... mujur ada stok kat dalam peti..kalau tak, kena carigali kat luar rumah..memalam pepagi buta nak keluar..kena berteman.. :) 
dengan gagahnya, membuka mata yang mengantuk sangat tu....menggosok kunyit hidup bagi keluar airnya..air tu ambil sapu dekat hidung mysara..alhamdulillah, lena mysara tidur..kiranya petua orang lama ni sesuai/menjadi dengan izinNya...

gambar google : jangan ada yang tak kenal kunyit hidup ye! :))  






Khamis, 18 April 2013

cuaca yang panas... cerita pun panas

salam sejahtera

Nak cakap ke,taknak cakap..nak tulis ke,taknak tulis?.. pasal apa ye?...heheehe... cuaca sekarang panas kan?.. jadi cerita panaslah :)
cerita apa lagi cerita pilihanrayalah..

pengundi sekarangkan dah bijak!..eh..eh siapa? awaklah :) saya pun..hihihii..
macammana, dah buat keputusan?..saya? 70% mungkin saya pilih A ..lagi 30% tu saya tengah cari lagi..

awak tahu tak? dulu saya ahli ????? masa kat kampung.. 
dah pindah selangor ni..dah tukar alamat dan tempat mengundi..ahli kat sana di kira lagi ke?..minta pencerahan bagi sesiapa yang tahu ye..

cerita pasal kampung.. saya dapat tahu ada pencalonan baru untuk sebuah parti ni.. panas cerita ni (kalau mereka yang baca ni,mesti tahu siapa yang saya maksudkan) maklumlah calon tu muda, perempuan.. .. saya kira pemimpinnya ada sebab yang tersendiri, mengapa calon tersebut naik... 
sebenarnyakan, cuma nak bagi tahu awak je..calon tu, junior masa saya sekolah... heheehe..tumpang sikit tempiasnya boleh? :)  semoga beliau berjaya.
nota tambahan: rupanya saya ketinggalan lagi..memang panas rupanya tentang calon ni...khabarnya ada banyak cerita panas..mmm saya takmo cakap banyak..saya dah tak mengundi di sana..harap pengundi di sana dapatlah berfikir dengan bijak..

nak bagi pencerahan sikit dekat awak-awak yang baca blog saya .. kenapa saya tak sebutkan nama parti dengan jelas?.. bukan saya tak mahu sebut..saya kira, bagi saya ianya sangat sensitif... saya tidak mahu ianya menjadi perdebatan yang tidak sihat.. cukup bagi saya, perlunya saya pilih yang itu..saya menghormati pilihan awak semua..masing-masing ada pendapatnya sendiri... undi adalah rahsia tau! :))


notahati: buatlah pilihan yang bijak..

nota tambahan : lepas keluarkan entri ni, dapat tahu(cerita pasal kampung) calon parti yang satu lagi boleh tahan panasnya :) ... calon baru naik juga, rasanya..nanti saya cari lagi maklumatnya. 
nota tambahan : saya masih tak dapat maklumat mengenai calon ini..khabarnya seorang ustaz....kepada yang berkenaan...ada yang tahu tak?... 
lagi berita terkini :) selepas penamaan calon bahagian dun ada seorang lagi calon..katanya dari calon bebas...sekian untuk kali ini :)   

Rabu, 10 April 2013

Jom semak...jom mengundi! : PRU 13 ( 5 mei 2013)

salam sejahtera
Raya dah  dekat..opss pilihanraya.. hehe..suspen aje..dah buat keputusan?..adakah anda masih setia? @ ingin beralih angin?...jawapannya..undi anda adalah rahsia :))

Anda dah semak? Jom kita semak dekat sini
Buat pertama kalinya,saya akan mengundi di negeri Selangor...


sukar juga nak buat pilihan...saya ni tengah duk kaji sini kaji sana..baca sini baca sana..masih juga belum ada keputusan..walaupun peratus pilihan untuk A dah ada..namun selebihnya masih lagi dicari...wajar ke saya pilih A?..
kalau dulu mungkin dengan senang hati saya akan pilih yang itu .. awak-awak semua masih setia ke?.. awak-awak semua pilih berdasarkan apa?..parti?calon?.@ sesuka hati aje :)

Buatlah pilihan yang bijak.. selamat mengundi !

notahati: siapa orang kuat parti A , B , C @ D..  kenapa saya perlu memilih parti anda?..mailah berkempen kat saya ni :))