Sabtu, 15 Disember 2012

1/2/34 : anak mama dah besar

Assalamualaikum.

Petang semalam (Jumaat) dapat call dari somi(masa tu somi kat tempat )..en.somi cakap esok(sabtu) ada berkhatan ramai2 di sek.agama dekat rawang..nak bawa anak sunat ke?..aku..sebenarnya belum sedia dari segi mental..sebab, aku ingat tahun depan baru nak bawa dia orang sunat di kampung..nak serah kat mak suruh jaga..hahaaha.. aku kan anak mak.hehehee..aku ni sebenarnya seriau+takut tengok benda yg luka..berdarah ..berjahit..masa aku bersalin,kena jahit dulu mana ada tengok pun.. takut.. 
Bila difikirkan balik..rupanya ini adalah rezeki dariNya untuk anak aku.. 
'Dia maha mendengar'..Alhamdulillah..aku kuatkan juga semangatku ini demi anak tercinta :)
Dan hari ini (sabtu..bersamaan 1 Safar 1434H..1/2/34..cantik tarikh ni) dengan izinNya selamatlah kedua anak-anak aku..

Dengan gigihnya..keluar dari rumah pukul 6.30pagi..pendaftaran pukul 7.30pagi..dari rumah ke rawang dekat 1/2jam itu yg kena keluar awal..

Majlis berkhatan anjuran JKKK Kampung Kenanga , Sek Rendah Agama Ibnu Khaldun , Kementerian Kesihatan Malaysia & Pelajar perubatan dari UPM...terima kasih semua!

majlis perasmian


penyampaian cenderhati oleh Dekan perubatan UPM (dah lupa namanya..)


menunggu untuk berarak


bersedia untuk berarak..naik bas lagi..

budak yang ini kena sentiasa dipantau..takut dihempaknya abang2nya nanti

sedia!!!

jom main air!!!... ( semburan air oleh pihak bomba)


angah yang paling xcited

taklimat dari kementerian kesihatan..cara2 berkhatan & penjagaan selepas berkhatan

abang ok?..dgn.muka machonya setelah selesai..

abang & kakak dari UPM..melayan korang bak raja!.. terima kasih semua!!

abang tidur ke?...ke tahan sakit tu??.. :)

angah yang selamba..

huhuu..upin tipu!!..ipin tipu!!..sakitlah mama!

yea!! saya dah sunat

terima kasih daun keladi..

punyalah nak pujuk budak tu..siap pujuk beli UNO lagi..
Lepas ni mama kena jadi macam kak ros ye!..  ^ ^,

Selasa, 11 Disember 2012

apa kata aku ; A thousand days promise

assalamualaikum.

Tetiba pulak hari ini rajin nak buat review.Bukan review sepenuhnya, cuma saranan je.. First time nak buat entri dengan label review.. tukarlah.. saranan aku..tak pun.. 'apa kata aku' ..mmm.. mana-mana jelah.. apa yang penting, apa yang aku cakap ni, adalah dari aku sendiri tidak berkait dengan orang lain.Juga tak kiralah apa yang nak aku review ni dah ketinggalan atau korang tak suka..ah!memang susah nak puaskan hati semua orang..janji aku tak kacau hidup korang..

' A thousand days promise' .. tau tak citer ni?..kalau peminat tegar korea mesti dah tau..tak pun, dah habis menonton drama bersiri korea ni..aku sedang mengikuti cerita ini di tv2.Tiap2 isnin-rabu jam 5petang..duduklah aku di depan tv melayan citer ni.. mula2 tengok citer ni, rasa macam tak best je..aku akui permulaan cerita ini agak lembab..sehingga kini jalan ceritanya sangat perlahan..namun aku juga sudi menonton kerana..isinya ada.. sekarang dah mula kemuncak pada penceritaannya.... kisah heroinnye didiagnosis sebagai pesakit dimensia(kalau nak tau lebih lanjut tentang sakit ni, klik di sini).. kisah bagaimana dia akan menghadapi sakitnya itu.. tentang penerimaan orang yang terdekat tentang sakitnya..bak kata aku tadi,mungkin bagi mereka cerita ni tak berapa nak jalan..ialah, jalan ceritanya agak perlahan..namun bagi aku, ada pengisiannya.. kalau nak tau sinopsisnya lebih lanjut klik kat sini .
  
Selamat menonton!

foto dari google
   nota tambahan : tak sedar.. tadi tengok, rupanya minggu depan dah  last episod..ingat panjang lagi ceritanya..dah nak last ni..banyak pula scene yang meleleh air mata..huhuu

Selasa, 4 Disember 2012

bola oh! bola..

Assalamualaikum.

Sila ketawa :D ... Aku nak cakap pasal bola.  Bola itu bulat...hehehee...Ada yang nak kena ketuk kepala..Semua dah taulah!..Bergurau senda di hari raya :)) .. gamoknye(loghat org pahang, trasnnye;agaknya..) ada yang berdouble  nak kena ketuk ... meleret-leretlah pulak..sila jangan marah..  ;)
 Cerita pasal bola ni..maklumlah sekarang ni demam bolasepak.Piala AFF sedang berlangsung.Tak ingin sebenarnya bercerita pasal bola ni..zaman aku minat bola dah lepas.. tetiba bersemangat nak tengok balik..itu pun sebab anak-anak....
aku, kalau tengok bola teruk beno rupenye..sebab tu kalau boleh nak elak je,kalau ada live bola kat tv.. malu ah..anak-anak tengok rupe mamanye masa tengok bola.. lagi satu tebiat aku ni,bukan jantung je berdebar..
asal berdebar, rasa sampai ke perut..memulas-mulas perut ni aku rase..Lebih kurang macam korang rase kot.. yang memang betul gila bolalah agaknye macamana rupe dia orang..Aku lagi kesian kat penjaga gol tu..tahap kedebarannye memang tahap maksima kot...kalau aku dok kat keeper tu..dah muntah hijau agaknye.. sebab tu kalau dah kalah jangan kutuk je tau.. tak baik!...

Minggu ni Malaysia akan bertemu Thailand.
Harap Malaysia buat yang terbaik----> untuk menang
Apa pun, macam aku cakap tadi.. bola itu bulat..ko faham?!




 Jom tengok aksi bebudak yang xcited tengok bola
adik yang xcited tengok bola..gol!!!

punyalah xcited bersorak sampai semput angah ni.. ( ..gambar lama ni..jumpa gambar ni je si angah pakai baju bola.)

budak yang paling minat bola.. 'abang tengok bola ke, bola tengok abang ni?'
 AUMMM!!!  :D