Khamis, 24 Januari 2013

terima kasih ; www.eqbalzack.com

Assalamualaikum.

hari tu ada masuk contest ni .. yang dianjurkan oleh tuan EqbalZack dari blog ini.. keputusannya..dapatlah hadiah saguhati..dah sampai pun hadiah tu..terima kasih tuan Eqbal...


Isnin, 21 Januari 2013

1001 macam cerita

gambar dari Adawiyah Hairuni



 Assalamualaikum.

Gambar kat atas ni aku ambil kat fanpage sekolah lama aku..dah minta izin kat tuan punya gambar dah..terima kasih Adawiyah Hairuni..

Bila tengok gambar ini...mungkin hanya pandangan biasa sahaja..tapi bagi aku dan bagi mereka yang mengetahui..melalui..merasai..tentu banyak cerita yang nak di kongsikan..

Gambar ni di ambil di sebuah pekan di tempat kelahiran aku..kalau korang datang sini,korang panggil pekan..tapi aku dan mereka2 yang duduk kat sini..panggil bandar..haha..bandarlah sangat...kecik je bandar kami ni.. pusing sini pusing sana tang tu juga jumpa..

Kedai tu namanya..Loh Pin  Fui.. dulu-dulu kedai ni glamer bagi budak-budak sekolah.. nak cari kasut sekolah.. buat 'name teg'..alat tulis dan sewaktu dengannya...datanglah kat kedai ni..yang paling laris kat kedai ni..surat khabar....macam2 komik..majalah pun ada...memang femeslah kedai ni... kalau p turun bandar tak sah kalau tak melepak kat sana...buat macam gambar pakcik kat atas tu..hehee

Banyak fungsi kedai ni.. antaranya... 'mak nak ke pasar, g beli surat khabar kat kedai 'pin poi' lepas tu tunggu mak kat sana' ... 
nampak tak fungsinya? :)
Kedai ni memang tempat yang paling tepat untuk menunggu orang...sambil tunggu sambil membaca 'free' 

Nampak tak pakcik yang tengah khusyuk membaca... sesiapa yang asal dari bandar ni..kalau tak kenal pakcik ni..memanglah!... sebab tu aku cakap gambar ni 1001 macam cerita... sedih tau cerita pakcik ni.. kalau orang luar datang tengok pakcik ni..mesti sangka pakcik ni orang gi**(jangan buruk sangka..tak baik..disebalik kejadian ada sebabnya..)
 macam2 versi cerita aku dapat tentang pakcik ni... kenapa dia nampak macam tu?... .ada yang kata pakcik ni orang yang bijak pandai..oleh sebab yg tertentu pakcik ni tak dapat sambung belajar..kecewa kerana tak dapat sambung belajar..tu jadi camtu..ada juga yang kata pakcik ni kecewa dalam percintaan... entahlah aku pun tahu cerita yang sebetulnya (khas untuk orang kampung; kalau ada mereka yang membaca blog aku ni..yang tahu kisah benar pakcik ni..sudilah berkongsi ye!..)
 ada ke orang kampung baca blog ni.. huhuu


Notahati: balik kampung nanti..ingat nak singgah kedai loh pin fui..nak melepak sambil membaca 'free'..sambil menjeling2 nak cari pakcik subuh..dah lama tak jumpa :)

Khamis, 17 Januari 2013

NOTA kecik


Rajinnya...siapalah yang buat ni...  :)






Nota ni angah yang punya..tapi mama yang buat ... hahaa
Teringat pula masa sekolah dulu-dulu...Aku rajin buat nota kecik ni...korang pun mesti buat juga kan!... dulu aku sekolah menengah yang kain hijau tu..sekolah tu kena banyak menghafal..jalan terbaik..adalah dengan nota macam ni..banyak oo..nak kena hafal...fekah..hadis ..tauhid..nahu...sirah nabi...al-Qur'an...

Oleh kerana aku ni tak berapa nak pandai...aku tak habis belajar kat sana..aku tukar sekolah..yang berkain biru tu pulak....
Dekat sekolah kain biru ni..aku ada juga buat..nak2 subjek sejarah..ialah,nak diingat tarikh, tahun... Tapi yang paling aku kagum ialah sahabat aku,masa sekolah kain biru..habis je cikgu ngajar..dia terus buat nota kecik ni...tabiklah!!..dah jadi pensyarah dah dia...alhamdulillah...

Ingat pasal belajar ni..mmm...spm aku ok gak..berapa tu?...hahaa..biarlah rahsia...agak2 teman sekolah dulu kalau tau aku tak p sambung belajar..mesti dia orang terkejut....rezeki...jodoh..ajal dan maut semuanya dah ditentukan olehNya...aku pasrah... ( bukan tak mau cakap aku redha...bagi aku, redha itu..adalah kesempurnaan..aku hanya hamba...dalam pasrah ada juga rasa terkilan.. aku dah bagitau aku hamba...ada masa merungut juga..) Dah melalut pulak aku ni..dah hampir nak jadi sessi meluah perasaan pulak... apa pun yang baik adalah dariNYA...yang kurang adalah aku...

Isnin, 7 Januari 2013

rumah ku.. Dekat kilang padi..

Assalamualaikum.

Nak menyingkap balik kenangan lama. Kat kampung aku ada sawah padi.Selain padi itu di proses menjadi beras..ianya juga di buat emping padi.Kat sini akan ku ceritakan bagaimana proses itu di buat.Jangan tak tau aku juga selalu lihat padi diproses menjadi beras..sebab rumah kat kampung ada kilang padi!..itu dululah..sekarang dah tak ada..

Dan sebab itulah kenapa alamat rumah kat kampung ialah dekat kilang padi.

jangan tak percaya!

Sebenarnya isinya tak sama dengan tajuk.Oleh kerana ianya ada kaitan kira oklah juga.Kalau nak ikutkan, aku nak cerita pasal emping padi..tapi terbabaslah sikit..aku cerita pasal kilang padi dululah.. kilang ni takdelah beso mana..kecik je..tapi banyak jasanya..selain proses padi bertukar menjadi beras..hasil dari proses itu..ada mengeluarkan dedak..dedak ni terhasil dari kulit padi..dedak ni terbahagi kepada dua..satu yg halus..dan satu yang kasar..kebanyakan penternak itik(selalunyalah..) akan membeli(ok! dedak pun boleh buat duit tau!)..dedak yg halus.. yang kasar biasanya kalau sesiapa yg minta bagi percuma je..
gambar sumber google ; inilah rupa dedak

Rupanya ada yang tak berapa kenal dengan emping padi ye?..kalau sebut emping jagung @ cornflakes memang sah-sah kenalkan?
gambar sumber google ; inilah emping padi

 Emping padi ni sedap tau!.. dah lama tak makan.Kat sini susah nak cari.... masa kat kampung bila habis musim menuai padi rumah aku akan jadi tempat lepak..haha..yelah tu..sebab kat rumah aku ada peralatan mengemping jadi ramailah yang menumpang untuk membuat emping...

Secara ringkasnya aku ceritakan serba sedikit cara buat emping padi ni.. aku pun dah ingat-ingat lupa.. kalau mereka yang membaca ni yang lebih tau dari aku, kalau aku salah tolong bagi tau ye!..

Pertama sekali padi hendaklah direndam air lebih kurang 2 malam.. dah siap rendam toskan air...kemudian padi tadi digoreng tanpa minyak..digoreng sehingga padi tadi meletop (hihi..macam nak buat bom pulak)nak dipanggil dengan istilah apapun aku tak tau..senang cakap, lebih kurang macam bila nak masak pop corn lah..dia akan bunyi 'pop'..masa kulitnya terbuka.. jangan tunggu sampai semua padi kita goreng tadi terbuka semuanya..cukuplah sekadarnye aje...
gambar google; proses membuat emping pakai lesung tangan
  lepas tu angkat dari kuali dan masukkan ke dalam ibu lesung.. (bukan lesung batu ye!..lesung kaki ) jap lagi aku tunjuk gambarnya..
gambar google; inilah lesung kaki

Sudah masuk dalam lesung tadi..kenalah bekerja sikit kakinya tu..tumbuk sampai jadi emping..dah siap, kita kena tampi pulak..aku cari gak gambar tempat untuk menampi ni..aku panggil alat tu badang...tapi tak jumpalah pulak..yg keluar gambar badang yg kuatlah pulak..hahaha..rupanya alat tu namanya tampi padi...tapi memang betullah aku panggilnya badang!
sumber google: tampi padi yang aku panggil badang :)

Ok! semua proses dah aku ceritakan..emping padi siap untuk dimakan!..sedap dimakan digaul bersama kelapa parut @ serawa..


Sabtu, 5 Januari 2013

Jom join ' Back to School Photo Contest '

Assalamualaikum.

Macam inilah bila dah terajin berjalan-jalan di blog orang..terserempaklah pulak dengan peraduan(blog contest)  .. anjuran brother EqbalZack

Nak masuk tak nak masuk?.. contestnye senang sangat!.. " Back to school Photo Contest" .. dah kebetulan pulak .. ada gambar anak2.. masuklah..mana tau ada rezeki dia orang :)
Kalau ada yang nak turut serta contest ni singgahlah kat sini..

 Nama budak ni Muhammad Syamil Sew .. tahun ini angah masuk darjah 3..gambar ini diambil sebelum angah ke sekolah (sila abaikan lukisan seni di dinding ye!..maklumlah anak2 terlebih kreatif :) semangat betul tengok gambar angah yang mengontrol macho sambil mengembang idungnye.. hehee ..maklumlah..inilah tahun pertama dia di lantik sebagai pengawas sekolah..tentulah semangat nak ke sekolah sangat berkobar-kobar..

Dah bila ada angah adalah abangnye..tak letak gambar abang nanti di katakan pilih kasih pulak ..

Lagi sekali sila abaikan lukisan abstrak di dinding tu :)
Ini gambar abang @ namanya Muhammad Syakir Sew.. ni gambar abang sebelum ke sekolah pada hari pertama..menikmati sarapan kegemarannya..tahun ni abang dah masuk darjah 5..dah besar anak mama.. harapan keluarga..moga abang menjadi contoh yg baik buat adik2nya..
 
Anak ada 3 ..nak letak si adik yg bongsu join contest tak layak pulak..si adik tak ke sekolah lagi..dah nak masuk 4 tahun, mama tak menyekolahkan lagi ke tadika.. adik sekolah kat rumah je dulu..adik jadi murid..mama jadi cikgu!.. hehe..
 
Inilah adik Nur Maisarah Sew.. gambar ni masa adik setahun..disuruhnya mama masukkan gambarnye juga..terjumpa pulak gambar lamanya masa memakai baju sekolah abangnye.. kira gambar mengikut temalah ni..
 
Tamat sudah :) 



    
 



Khamis, 3 Januari 2013

Cikgu cakap angah boleh pilih kelas yang angah suka ;)

Assalamualaikum.

Berikutan cerita semalam..kat sini .. Hari ini aku dengan semangatnya..pergi ke sekolah untuk melaksanakan misi yang telah diserahkan oleh somi aku :)

Ikutkan..tak maulah kecoh-kecoh.. redha jerlah..tapi si angah nak tau juga sebab apa dia di buat begitu..sobb..ssobb..sedihnya dengar dia cakap macam tu.. ada bunyi kecewa kat situ..

Dalam pukul 2 petang.. aku sampai  di sekolah.. angah sekolah di sessi petang.. Biasalah kat sekolah ni kalau ingin berurusan dengan cikgu kena ke pejabat..berurusan dengan kerani kat sana dulu..Kerani kat sana telefon cikgu yang berkenaan..katanya cikgu tak angkat telefon..adalah dalam 15 minit lepas tu..aku berurusan dengan penyelia petang pulak...bla..bla..bla.. 

Puan penyelia petang ( yg aku lupa nak tengok tanda namanya dan lupa nak tanya namanya.)..Beliau dah semak segala keputusan peperiksaan anak aku tahun lepas.. Dia cakap anak aku memang layak duduk kelas pertama...Ok!..aku cuma nak tahu, kenapa anak aku ditukarkan kelas je..Jadi kena tunggulah pulak cikgu kelas kedua tu..15 minit juga menunggunya..

Penyelia petang duk berdiskusi pulak dengan cikgu dari kelas kedua ( yang aku juga dah lupa namanya )..Habis tu, aku pun diberitahu ada kesilapan teknikal.. jauh sangat rasanya kalau tersalah taip nama ke..dah..aku malas nak banyak tanya .. terima jerlah.. Aku diberitahu anak aku layak masuk kelas pertama.. penyelia boleh pulak tanya aku nak kekalkan anak kat kelas kedua atau masuk kelas pertama.. Aku dah tak kisah dah..aku suruh cikgu kelas tu tanya kat anak aku dia nak masuk kelas mana.. Dalam sejarah betul!!..anak aku boleh pilih mana kelas dia nak masuk!!..Tapi aku tengok tadi cikgu kelas kedua tu ok je.. Angah! kalau mama, mama duk jer kelas kedua tu.. macam abah cakap semalam.. Bukan cikgu yang pilih angah duduk kelas kedua,tapi Allah... mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya..

Menunggu angah balik dari sekolah..nak tau dia pilih kelas apa..

NOTA TAMBAHAN : balik sekolah semalam terus mama tanya angah... angah pilih kelas pertama... jika angah nak kekalkan kedudukan ini, lepas ni angah kena lebih berusahalah ye!

Rabu, 2 Januari 2013

Hari yang sedikit mendukacitakan :(

Assalamualaikum.

Selamat tahun baru 2013..hari ni 02/01/2013..merupakan hari pertama bersekolah..Anak2 tersangat teruja untuk kembali ke sekolah..terutama sekali si angah .. maklumlah, tahun ini tahun pertama dilantik menjadi pengawas sekolah..Pada tahun ini angah masuk darjah 3..Tapi ada sedikit perkara yang telah merosakkan emosinya..baru hari pertama!!... Macammanalah hatinya tak terluka..cewahh ayat!..

Kisahnya, sebelum sekolah dibuka, cikgu dah bagi notis yang ditampal di sekolah..kedudukan kelas untuk tahun 2013..Alhamdulillah, kedudukan kelasnya tak berubah, masih kelas pertama..Jadi sebelum buka sekolah ni,mama belikan buku tulis..dah siap2 tulis nama dan kelasnya..Tapi apa yang berlaku hari ini sungguh2 mendukacitakan!..

Balik dari sekolah si angah bagitahu..mama,saya duduk kelas kedua!!....ingat mama salah dengar..tanya balik si angah..dengan bersungguh dia bercerita..masa mula2  tu..dia masuk kelas pertama..siap duduk dekat kawan baiknya..teruja sangat!!..mana tau tetiba cikgu kelas kedua panggil suruh pindah kelas!!Dia yang terkejut..dah tak terkata apa2 dah,ngikut jelah.. Mama ini yang dengar pun terkejut..dalam hati hanya bersangka baik aje.. mungkin notis tu salah cetak..tak pun cikgu nak seimbangkan pelajar2nya..

Kalau nak diikutkan keputusan peperiksaan akhir tahunnya..seimbang..dari 38 pelajar..dia dpt n0 18..peratusnnya pula 90.3%....Tapi bila tengok si angah.. kesian..ada sedikit down... siap pesan lagi.. angah duduk kelas mana pun mama tetap sayang angah macam dulu.. mama tak bezakan anak2 mama..

InsyaAllah..esok akan cuba dipanjangkan kepada gurunya di sekolah.. moga yang segala urusan di permudahkanya..

ANGAH

ABANG