Isnin, 29 Oktober 2012

jemmed !!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya aidiladha.Maklumlah,hari khamis dah balik kampung..jadi tiada kesempatan untuk buat entri.hihi..banyaklah alasan!
Hari ni nak cerita pasal hari raya haji tahun 2012..memang banyak betul memori..
Rasanya raya haji tahun ini paling ramai yang pulang ke kampung..lebih2 lagi bagi mereka yang berasal dari pantai timur.Macam saya..hiihii
  Pasai apa saya cakap macam tu? bayangkanlah biasanya perjalanan dari rawang ke maran pahang,mengambil masa kira-kira 3jam..namun perjalanan pulang ke maran mengambil masa hampir 7 jam.. huh..kalau hari biasa perjalanan tu dah boleh sampai kelantan! Nak beraya punya pasal sanggup ku redah..hihii
Lain pula, cerita masa balik dari kampung..walau pun hanya mengambil masa kira2 hampir 5jam perjalanan..namun macam2 yang berlaku..macam-macam ada...bermula dari lanchang,di sana dah nak mula jem...kemudian dengan anak2 yang mula stress....mama!bila nak sampai?..abah!kat mana dah?jauh lagi ke?..dengan perut memasing tiba2 meragam!...jadi,abah ambil keputusan kita rehat dulu di hutan lipur lentang..yang tak pernah2 kita sampai walau tiap2 balik kampung mesti lalu punya..

'jem'

'jem lagi...'

'berenang..berenang..yea!'

'jom! kita main tanam-tanam..'

'apa2 ajelah korang berdua ni..'

'syoknye adik main air..'




Berkongsi kata2 dari mak'chik' ...  nak terlentang mengadap jem!..  anak2 memang dah terlentang dah!.. sempat lagi berkuak lentang di hutan lipur lentang..
Dah habis cerita jem, nanti saya sambung pula sambutan aidiladha pula...

~macammana dgn korang?..'terserempak' dgn jemmed tak?~

Jumaat, 19 Oktober 2012

KERINDUAN

semasa menulis entri jam 12.35am.tv terpasang siaran langsung dari Makkah almukarramah..solat isya'...subhanallah!..
di sana sudah 2 zulhijjah,tinggal beberapa hari lagi sambutan aidiladha..

2 minggu kebelakangan ini,kerinduan terhadapNya memang tak dapat nak digambarkan.Mungkin tempias dari sana.Moga kelak hambaMu ini akan dijemput ke rumahMu.InsyaAllah.amin.

foto ihsan google


Rabu, 17 Oktober 2012

mama yang stress

Minggu ini adalah minggu peperiksaan akhir tahun bagi anak2.Sebelum masuk minggu periksa, mama dah terlebih stress.Abah pulak macam biasa, cool memanjang.Anak-anak mama pula rileks aje.Baru peperiksaan biasa,belum lagi peperiksaan sijil,agaknya masa tu macamana mama nanti.

"mama doakan anak2 mama berjaya-amin"

Isnin, 15 Oktober 2012

'AJJEPA'

Ini adalah entri yang baru,berikutan entri yang dulu dah terpadam.Biasalah tangan ini gatal sikit,macam2 nak dicubanya.
Kisah budak comel bernama Muhammad Azfar Haziq bin Muhammad Ferdaus. 
Azfar 'aka' Ajjepa 'aka' hilman .. hehe.. banyak beno 'aka'..adalah kisahnye tu,jap lagi citer..sebelum tu nak tunjuk gambar azfar yang baru lahir..budak ni lahir masa bulan puasa yang lepas..o4 ramadhan 1433H..bersamaan 24 julai 2012 ( boleh buat buku, kisah budak ni lahir) agak2 mama budak ni marah tak kalau citer kat sini?!...hehe



yang kat atas ni budak ni baru beberapa jam usianya.Eh!..lupa nak bagitau,budak ni sepupu ieda yang paling kecik.Dan yang kat bawah ni gambar masa budak ni baru lapan hari
Dah buka mata sikit, eii geram! budak comel ni. Nak citer kenapa namanya banyak sangat 'aka' ... pertama ; Azfar: sudah tentu namanya kat surat beranak..kedua ; Ajjepa : yang ni, sebab sarah, anak ieda yang panggil,almaklumlah baru 3thn, sebutannye jadilah begitu:))  dan yang ketiga; Hilman : jauh beno bunyi dgn nama yg asal..hehe, yang ni ieda yg bagi..pasal masa budak ni dlm perut mamanya, ieda duk kemaruk dgn novel 'awak suka saya tak' karya kak Melur Jelita. Dalam novel tu watak heronya bernama 'Hilman'..perwatakan hero ni memang terbaiklah.nak dijadikan cerita,mama budak ni pun pinjam novel ni, katanya nak baca masa pantang.ieda tanya, ada masa ke? sempat ke?.. hihi..yang dah ada anak tu mesti fahamkan! :)) ... seminggu sebelum azfar lahir, mama budak ni ada bgtau kat ieda dia dah pun habis baca novel tu..kalau ikut kata DR..due azfar pertengahan bulan ogos..penghujung ramadhan..penangan novel tu kuat sangat kot!..tu yg keluar awal..hehe.. ( tak baik tau!..semuanyakan dah ditentukanNYa) ... sesaje menghiburkan hati..mana tau azfar nanti akan jadi lelaki yang seperti Hilman~amin~..hilman ni macammana? nak tau bacalah novel tu ye!

Yang ni Azfar dah 2bulan.Lagilah geram..dah senyum2..dah pandai ajak berborak.Bila Azfar dah besar jangan lupa baca blog ngah ni ye!..haha..kalaulah blog ni masih ada masa tu!


 

' TEGUR '

Bila tak sempurna, sesekali kena 'tegur'.Peringatan.Jangan mengikut emosi sangat! Kelak yang mendapat susah diri sendiri juga! Orang terdekat pun turut merasa tempiasnya.

peringatan untuk diri sendiri, yang kadangkala alpa!

 

Ahad, 7 Oktober 2012

TUKAR KAD PENGENALAN DIRI

Hari ini cerita pasal kad pengenalan diri.Bahasa mudahnya i.c .Dah bertahun duduk dekat perantauan ni, dah banyak kali juga berfikir,dengan berat hati juga, tukar juga i.c dan tukar alamat jua akhirnya.Mulanya masih tidak mengaku, sudah menjadi pemastautin aka penduduk tetap kat selangor.Tapi pabilaku melihat anak-anak yang makin membesar, bersekolah di sini, (menyanyi lagu negeri selangor di sekolah). Baru tersedar, bukan lagu negeri pahang yang dinyanyikan oleh anakku.Hampir 9 tahun menetap di selangor, ku gagahi kakiku untuk melangkah ke pejabat pendaftaran. "Kak! nak tukar i.c ,sekali dengan alamat." 

Isnin, 1 Oktober 2012

CERITA 2 HARI

29 sept 2012 (sabtu)

Pada minggu ini,mata ni asyik terkedip2.Apakah petandanya itu? Apa yang aku tahu mengikut kata org,itu petanda nak berjumpa seseorang.Kalau mata kanan yang berkedip nak jumpa orang dekat(yg rapat), sebaliknya kalau mata kiri nak jumpa dgn org jauh(mungkin org yg kita tidak kenali)..Rasanya ada yang berlainan pula maksudnya..
*AMARAN KERAS* jangan sesekali mempercayai kepercayaan ini!
Sebenarnya nak cerita, pada minggu ni memang mata ni asyik terkedip2.Tapi aku tak ambil kisah pun, namun hati ini berat mengatakan akan ada yang akan datang bertamu di rumah ini.memang betullah kata hati ini (dgn izinNYa) pada hari sabtu dgn tak disangka dapat panggilan dari mak sedara,nak datang rumah nak bawa baby baru.Sebelum tu mak sedara tanya dulu samaada aku nak kemana2 hari tu.Mengikut agenda, hari sabtu aku nak balik rumah MIL.Tapi aku suruh datang juga sebab nak jumpa baby baru 'aka' mylovely cousin 'aka' Hilman @ nama sebenarnya Muhammad Azfar Haziq.Last jumpa baby azfar masa raya hari tu,rindu kat baby 'hilman' ..jadi bertolak lambat sikitlah ye 'abang!'..jangan marah.. :))

mylovely cousin 'hilman'





Comelkan! Yang ni gambar masa dalam hari lagi.Lupa nak ambil gambar baru budak kecik ni.Dah demok gemok pun baby azfar ni..dan dia buat aku lagi bertambah geram, dia dah pandai ajak bersembang! iee..comelnye!!..


30 sept 2012 ( ahad)

Sabtu selepas budak kecik tu balik, aku pun bergegas mengemas apa yang patut.Lepas en.somi balik kerja,kira2 lepas maghrib baru kami bertolak ke rumah MIL.Dah lama tak balik rumah MIL, adalah dekat 2 bulan lebih.Kebetulan pulak hari ini (ahad) fest moon cake.Biasanya family en.somi sambut apa2 perayaan dgn makan2 kat restoran vegeterian.Aku tak ambil pula gambar tadi.Jadi aku letak jelah gambar ni..


foto ihsan google