Khamis, 27 September 2012

KITA HANYA MERANCANG...

Kita hanya mampu merancang, yang menentukan adalah DIA yang maha Esa.



hari ini mendapat khabar mendukacitakan.. sahabatku telah kehilangan anak yang bakal lahir penghujung tahun ini.Babynya yang dikandung telah meninggal dunia di dalam perut.Innalillah....Pabila mendengar berita ini,hatiku dipagut sayu..syawal yang lepas buat pertama kalinya aku dan keluarga berhari raya ke rumahnya.Dilayan kami dengan baik, sempat lagi dia memasak untuk kami.Dengan badannya yang sarat,tak sampai hati nak menyusahkannya.Katanya,bukan selalu kami sampai kerumahnya.Terima kasih teman! Semoga dia dan keluarga tabah dalam menghadapi ujianNya.



Jumaat, 7 September 2012

CERITA RAYA 2012

Assalamualaikum..
Sebenarnya sebelum entri yang ini ade satu lagi entri..tetapi tangan yang gatal ini telah menyebabkan ianya telah terpadam.Takpelah ada masa akan buat lagi entri khas itu.
Kali ini nak cerita pasal raya,dah penghujung syawal baru ada mood nak mengetuk menaip.
Kami sekeluarga pulang ke kampung pada waktu malam 2hari sebelum raya.Jadi sempatlah berpuasa 1hari di kampung.Merasalah juga berbuka dengan mybonda.
Seperti biasa, sehari sebelum raya berduyunlah orang pergi ke pasar untuk mencari bahan2 masakan untuk dijadikan juadah di hari raya.Buat pertama kalinya aku dipaksa diajak mybonda kepasar mencari bahan keperluan.
MYBONDA @ PEKAN SEHARI,MARAN

Nampak tak? itu mybonda sedang memilih daging.Gambar ini sahaja yang aku sempat snap.Itu pun sebab aku duk belakang pasai sangatlah ramai orang.Terasa rugi pulak tak snap banyak2 gambar kat pekan sehari ni..macam2 ada!
Sambutan raya tahun ini disambut dengan sederhana.Alhamdulillah pada tahun ini buat pertama kalinya,Mysara pun ikut serta menunaikan solat raya.
MYSARA
Sebenarnya Mysara masih tidur,masa aku bersiap2 nak ke masjid.Aku yang jahat nakal ni,kejutkannya paksa ajak/tanya dia nak ikut aku p masjid tak? Dia yang masih mamai,dengan mata yang masih terpejam kata nak ikut.Alhamdulillah dekat masjid dia tak meragam,cuma siap solat(alhamdulillah dia pun solat juga) ajak balik rumah.Tak sempat nak bermaafan dengan jemaah lain.
Alamak! entri ini dah terlebih panjanglah pula..hehe..tengah mood yang baik ni,bantai jelah.Saksikanlah pulak gambar raya kami..
ANGAH SYAMIL , ABANG SYAKIR & ADIK SARAH



MYBONDA & WAN YAH
MYFAMILY

 
Sebenarnya,ada lagi cerita raya kami,kita sambung di lain entrilah ye.sampai jumpa lagi."SELAMAT HARI RAYA"