Selasa, 24 Mac 2015

misaeng




Cerita dah lama.Baru ni je tahu.Tertengok.Yang suka tengok cerita berbunga-bunga,agaknya tak sesuai tengok,tak menepati citarasa kot..Tapi bagi saya,kadang-kadang layan cerita macam ni pun best.

misaeng incomplete life

Adaptasi dari webtoon .
Kisah mengenai bagaimana seorang bernama Jang Geu-rea(bunyi sebutannya jang gu rei) bukan soerang yg terpelajar hanya lulusan sekolah menengah.yang sangat hebat bermain baduk,namun cita2nya untuk menjadi seorang permain baduk tidak tercapai Kenapa?!. nak tau tengok sendirilah ye :)

 Perjalanan cerita sangat menarik selepas Jang Gue-rea memasuki syarikat One Internasional.. Oleh kerana hanya lulusan sekolah menengah,dia hanya dapat bekerja secara kontrak...walaupun kerjanya sangat memuaskan, namun disebabkan lulusan sekolah menengah dia terpaksa akur dengan peraturan syarikat.. Watak Jang Gue rei ini sangat meninggalkan kesan..bukan dia sahaja,setiap watak di sekelingnya juga ada impaknya...


 cerita ini sedikit sebanyak memberi gambaran, tentang apa yang berlaku kepada pekerja-pekerja berkolar putih(amboi ayat..skema:)
Tak kira dekat mana..siapa.. masing-masing menempuh dugaan dan cabarannya sendiri.. ketika susah,masa itulah akan tahu siapa kawan.. mungkin ada yang tidak suka cerita begini...namun bagi saya cerita ini ada makna..


Senang-senang tengoklah ye!.. :D

*gambar google