Isnin, 7 Januari 2013

rumah ku.. Dekat kilang padi..

Assalamualaikum.

Nak menyingkap balik kenangan lama. Kat kampung aku ada sawah padi.Selain padi itu di proses menjadi beras..ianya juga di buat emping padi.Kat sini akan ku ceritakan bagaimana proses itu di buat.Jangan tak tau aku juga selalu lihat padi diproses menjadi beras..sebab rumah kat kampung ada kilang padi!..itu dululah..sekarang dah tak ada..

Dan sebab itulah kenapa alamat rumah kat kampung ialah dekat kilang padi.

jangan tak percaya!

Sebenarnya isinya tak sama dengan tajuk.Oleh kerana ianya ada kaitan kira oklah juga.Kalau nak ikutkan, aku nak cerita pasal emping padi..tapi terbabaslah sikit..aku cerita pasal kilang padi dululah.. kilang ni takdelah beso mana..kecik je..tapi banyak jasanya..selain proses padi bertukar menjadi beras..hasil dari proses itu..ada mengeluarkan dedak..dedak ni terhasil dari kulit padi..dedak ni terbahagi kepada dua..satu yg halus..dan satu yang kasar..kebanyakan penternak itik(selalunyalah..) akan membeli(ok! dedak pun boleh buat duit tau!)..dedak yg halus.. yang kasar biasanya kalau sesiapa yg minta bagi percuma je..
gambar sumber google ; inilah rupa dedak

Rupanya ada yang tak berapa kenal dengan emping padi ye?..kalau sebut emping jagung @ cornflakes memang sah-sah kenalkan?
gambar sumber google ; inilah emping padi

 Emping padi ni sedap tau!.. dah lama tak makan.Kat sini susah nak cari.... masa kat kampung bila habis musim menuai padi rumah aku akan jadi tempat lepak..haha..yelah tu..sebab kat rumah aku ada peralatan mengemping jadi ramailah yang menumpang untuk membuat emping...

Secara ringkasnya aku ceritakan serba sedikit cara buat emping padi ni.. aku pun dah ingat-ingat lupa.. kalau mereka yang membaca ni yang lebih tau dari aku, kalau aku salah tolong bagi tau ye!..

Pertama sekali padi hendaklah direndam air lebih kurang 2 malam.. dah siap rendam toskan air...kemudian padi tadi digoreng tanpa minyak..digoreng sehingga padi tadi meletop (hihi..macam nak buat bom pulak)nak dipanggil dengan istilah apapun aku tak tau..senang cakap, lebih kurang macam bila nak masak pop corn lah..dia akan bunyi 'pop'..masa kulitnya terbuka.. jangan tunggu sampai semua padi kita goreng tadi terbuka semuanya..cukuplah sekadarnye aje...
gambar google; proses membuat emping pakai lesung tangan
  lepas tu angkat dari kuali dan masukkan ke dalam ibu lesung.. (bukan lesung batu ye!..lesung kaki ) jap lagi aku tunjuk gambarnya..
gambar google; inilah lesung kaki

Sudah masuk dalam lesung tadi..kenalah bekerja sikit kakinya tu..tumbuk sampai jadi emping..dah siap, kita kena tampi pulak..aku cari gak gambar tempat untuk menampi ni..aku panggil alat tu badang...tapi tak jumpalah pulak..yg keluar gambar badang yg kuatlah pulak..hahaha..rupanya alat tu namanya tampi padi...tapi memang betullah aku panggilnya badang!
sumber google: tampi padi yang aku panggil badang :)

Ok! semua proses dah aku ceritakan..emping padi siap untuk dimakan!..sedap dimakan digaul bersama kelapa parut @ serawa..


Tiada ulasan: