Khamis, 27 September 2012

KITA HANYA MERANCANG...

Kita hanya mampu merancang, yang menentukan adalah DIA yang maha Esa.



hari ini mendapat khabar mendukacitakan.. sahabatku telah kehilangan anak yang bakal lahir penghujung tahun ini.Babynya yang dikandung telah meninggal dunia di dalam perut.Innalillah....Pabila mendengar berita ini,hatiku dipagut sayu..syawal yang lepas buat pertama kalinya aku dan keluarga berhari raya ke rumahnya.Dilayan kami dengan baik, sempat lagi dia memasak untuk kami.Dengan badannya yang sarat,tak sampai hati nak menyusahkannya.Katanya,bukan selalu kami sampai kerumahnya.Terima kasih teman! Semoga dia dan keluarga tabah dalam menghadapi ujianNya.



Tiada ulasan: