Khamis, 15 Ogos 2013

selamat hari raya ... kisah raya saya :)

Assalamualaikum & salam sejahtera

Selamat hari raya maaf zahir batin..Lambat betul ucapannye ye..dengan cepat dan pantas..taip aje apa yang terlintas..kalau berhenti nanti ada yang tersangkut entri ni..entah bila pulak nak buat entri baru...

Cerita raya saya tahun ni..alhamdulillah,walaupun ada kekurangan,tapi tahun ni beraya sakan..tapikan..tahun ni tak berapa nak rajin nak bergambar..jadi takdelah gambar2 keluarga dan kaum kerabat...yang ada pun gambar saudara yang datang berkunjung aje...

Raya pertama..awak masak apa?..tahun ini luar dari kebiasaan.. masak mee sup tulang..dan masak ketupat nasi yang dah lama sangat tak buat..kali terakhir buat rasanya masa zaman kanak2 riang..kan! lama betul...

Raya pertama aktiviti kami kunjung mengunjung saudara mara yang berada di kampung..dan tak lupa menziarahi pusara atuk,aki dan saudara yang telah pergi dulu.. Al-fatihah

Oleh kerana raya kedua kami ( mak.. saya sekeluarga..ecu& keluarganya..chik sekeluarga..long&keluarganya..& sepupu2 mak) akan bersiar-siar kunjung mengunjung saudara mara yang berada di kuantan, maka raya ke 2 tak masak apa2 yang istimewa.. masak nasi goreng aje untuk sarapan..jadilah untuk alas perut..memang pecah rekodlah tahun ni..raya sampai muntah sakan!.. dalam pada ziarah menziarahi itu,ada sekelumit rasa yang meruntun kalbu, kami semua telah menziarahi saudara..mmm..nak cakap apa ye?.. jika kita rasa susah rupanya ada lagi yang lebih susah..begitulah ibaratnya...

Raya ke3 ada jemputan dari sahabat, kenduri aqiqah anaknya..jemputannya terpaksa saya tolak kerana keadaan yang tidak mengizinkan..apa tidaknya, hari sebelumnya makan tak ingat..punyalah sedap makan laksa lemak tambah pulak dgn sambal lada..apa nak dikata ...pagi2 lagi dah check in kat bilik kecik ....alhamdulillah tengah hari tu dah check out :)

Raya ke3 tu mak masak laksa lemak..untuk sarapan..sedap sangat...saudara mara yg datang makan sampai tak cukup licin!..mujurlah ada masak mee goreng...itu pun habis!...tak cukup dgn itu siap hidang dengan durian lagi!..maknanyanya siapa yang malu, lapar..siapa tak malu kenyang..hahaa

Tengah hari tu pula sessi memakar BBQ ..dan makan bersama nasi putih..makan sampai kenyang :)

Raya ke 4..masa untuk pulang ke kota ...

Begitulah alkisahnya raya saya tahun ni..walaupun ada lagi cerita yang teringgal..cukup-cukuplah ye ;)

 gambar raya yang ada

sepupu2 mak dari kuantan

acara tambahan... makan durian!




satu2nya gambar raya saya... bersama anak bongsu :)


sepupu saya yang paling kecil





 notahati: dah tak pandai nak bercerita..cerita ikut sedap hati sahaja.. terima kasih, masih sudi singgah di sini..
" selamat hari raya maaf zahir batin"

Tiada ulasan: