Isnin, 1 Oktober 2012

CERITA 2 HARI

29 sept 2012 (sabtu)

Pada minggu ini,mata ni asyik terkedip2.Apakah petandanya itu? Apa yang aku tahu mengikut kata org,itu petanda nak berjumpa seseorang.Kalau mata kanan yang berkedip nak jumpa orang dekat(yg rapat), sebaliknya kalau mata kiri nak jumpa dgn org jauh(mungkin org yg kita tidak kenali)..Rasanya ada yang berlainan pula maksudnya..
*AMARAN KERAS* jangan sesekali mempercayai kepercayaan ini!
Sebenarnya nak cerita, pada minggu ni memang mata ni asyik terkedip2.Tapi aku tak ambil kisah pun, namun hati ini berat mengatakan akan ada yang akan datang bertamu di rumah ini.memang betullah kata hati ini (dgn izinNYa) pada hari sabtu dgn tak disangka dapat panggilan dari mak sedara,nak datang rumah nak bawa baby baru.Sebelum tu mak sedara tanya dulu samaada aku nak kemana2 hari tu.Mengikut agenda, hari sabtu aku nak balik rumah MIL.Tapi aku suruh datang juga sebab nak jumpa baby baru 'aka' mylovely cousin 'aka' Hilman @ nama sebenarnya Muhammad Azfar Haziq.Last jumpa baby azfar masa raya hari tu,rindu kat baby 'hilman' ..jadi bertolak lambat sikitlah ye 'abang!'..jangan marah.. :))

mylovely cousin 'hilman'





Comelkan! Yang ni gambar masa dalam hari lagi.Lupa nak ambil gambar baru budak kecik ni.Dah demok gemok pun baby azfar ni..dan dia buat aku lagi bertambah geram, dia dah pandai ajak bersembang! iee..comelnye!!..


30 sept 2012 ( ahad)

Sabtu selepas budak kecik tu balik, aku pun bergegas mengemas apa yang patut.Lepas en.somi balik kerja,kira2 lepas maghrib baru kami bertolak ke rumah MIL.Dah lama tak balik rumah MIL, adalah dekat 2 bulan lebih.Kebetulan pulak hari ini (ahad) fest moon cake.Biasanya family en.somi sambut apa2 perayaan dgn makan2 kat restoran vegeterian.Aku tak ambil pula gambar tadi.Jadi aku letak jelah gambar ni..


foto ihsan google













Tiada ulasan: