Khamis, 18 April 2013

cuaca yang panas... cerita pun panas

salam sejahtera

Nak cakap ke,taknak cakap..nak tulis ke,taknak tulis?.. pasal apa ye?...heheehe... cuaca sekarang panas kan?.. jadi cerita panaslah :)
cerita apa lagi cerita pilihanrayalah..

pengundi sekarangkan dah bijak!..eh..eh siapa? awaklah :) saya pun..hihihii..
macammana, dah buat keputusan?..saya? 70% mungkin saya pilih A ..lagi 30% tu saya tengah cari lagi..

awak tahu tak? dulu saya ahli ????? masa kat kampung.. 
dah pindah selangor ni..dah tukar alamat dan tempat mengundi..ahli kat sana di kira lagi ke?..minta pencerahan bagi sesiapa yang tahu ye..

cerita pasal kampung.. saya dapat tahu ada pencalonan baru untuk sebuah parti ni.. panas cerita ni (kalau mereka yang baca ni,mesti tahu siapa yang saya maksudkan) maklumlah calon tu muda, perempuan.. .. saya kira pemimpinnya ada sebab yang tersendiri, mengapa calon tersebut naik... 
sebenarnyakan, cuma nak bagi tahu awak je..calon tu, junior masa saya sekolah... heheehe..tumpang sikit tempiasnya boleh? :)  semoga beliau berjaya.
nota tambahan: rupanya saya ketinggalan lagi..memang panas rupanya tentang calon ni...khabarnya ada banyak cerita panas..mmm saya takmo cakap banyak..saya dah tak mengundi di sana..harap pengundi di sana dapatlah berfikir dengan bijak..

nak bagi pencerahan sikit dekat awak-awak yang baca blog saya .. kenapa saya tak sebutkan nama parti dengan jelas?.. bukan saya tak mahu sebut..saya kira, bagi saya ianya sangat sensitif... saya tidak mahu ianya menjadi perdebatan yang tidak sihat.. cukup bagi saya, perlunya saya pilih yang itu..saya menghormati pilihan awak semua..masing-masing ada pendapatnya sendiri... undi adalah rahsia tau! :))


notahati: buatlah pilihan yang bijak..

nota tambahan : lepas keluarkan entri ni, dapat tahu(cerita pasal kampung) calon parti yang satu lagi boleh tahan panasnya :) ... calon baru naik juga, rasanya..nanti saya cari lagi maklumatnya. 
nota tambahan : saya masih tak dapat maklumat mengenai calon ini..khabarnya seorang ustaz....kepada yang berkenaan...ada yang tahu tak?... 
lagi berita terkini :) selepas penamaan calon bahagian dun ada seorang lagi calon..katanya dari calon bebas...sekian untuk kali ini :)   

4 ulasan:

Kujie berkata...

amboiii...semua calon panas
seronoklah..sebab org bagi perhatian

ieda_nms berkata...

hihii..tulah, seronok je tengok calon2nya muka baru .. harap yang terpilih memberi khidmat yang terbaik...

dzconsultant berkata...

calon ustaz tu kwn sekampung saya..calon wanita tu mesti junior saya gak kan..hurm harap2 calon nie jgn la kempen guna menifesto pusat je..tunjukkan la wadah pemikiran anda sendiri bagi membangunkan kawasan dan ape yang anda hendak bawa jika diberi mandat..barulah nampak krisma/mamtappp

hehe permintaan saya sebagai rakyatt
pendidikan percuma dari sek rendah hingga universiti bagi semua rakyat/golongan umur tidak mengira kaum ( XDE YG BERANI JANJI)

ieda_nms berkata...

dean> calon ustaz tu kawan sekampung kat kedah ke? @ tajau hill?
bolehlah citer pasal dia..untuk diteliti dan meniliti :)

calon wanita tu muda sikit dari awak..saya tak berani komen pasal dia sebab..dulu dan kini..kadang2 kita boleh berubah.. jadi tepuk dada/kepala tanya selera/hati :)

pasal pendidikan tu saya sokong 100% ... harap ada yang mendengar:)


p/s: awak punya ada 3..saya masukkan satu je ye..sebab isinya lebih kurang aje...