Selasa, 11 Disember 2012

apa kata aku ; A thousand days promise

assalamualaikum.

Tetiba pulak hari ini rajin nak buat review.Bukan review sepenuhnya, cuma saranan je.. First time nak buat entri dengan label review.. tukarlah.. saranan aku..tak pun.. 'apa kata aku' ..mmm.. mana-mana jelah.. apa yang penting, apa yang aku cakap ni, adalah dari aku sendiri tidak berkait dengan orang lain.Juga tak kiralah apa yang nak aku review ni dah ketinggalan atau korang tak suka..ah!memang susah nak puaskan hati semua orang..janji aku tak kacau hidup korang..

' A thousand days promise' .. tau tak citer ni?..kalau peminat tegar korea mesti dah tau..tak pun, dah habis menonton drama bersiri korea ni..aku sedang mengikuti cerita ini di tv2.Tiap2 isnin-rabu jam 5petang..duduklah aku di depan tv melayan citer ni.. mula2 tengok citer ni, rasa macam tak best je..aku akui permulaan cerita ini agak lembab..sehingga kini jalan ceritanya sangat perlahan..namun aku juga sudi menonton kerana..isinya ada.. sekarang dah mula kemuncak pada penceritaannya.... kisah heroinnye didiagnosis sebagai pesakit dimensia(kalau nak tau lebih lanjut tentang sakit ni, klik di sini).. kisah bagaimana dia akan menghadapi sakitnya itu.. tentang penerimaan orang yang terdekat tentang sakitnya..bak kata aku tadi,mungkin bagi mereka cerita ni tak berapa nak jalan..ialah, jalan ceritanya agak perlahan..namun bagi aku, ada pengisiannya.. kalau nak tau sinopsisnya lebih lanjut klik kat sini .
  
Selamat menonton!

foto dari google
   nota tambahan : tak sedar.. tadi tengok, rupanya minggu depan dah  last episod..ingat panjang lagi ceritanya..dah nak last ni..banyak pula scene yang meleleh air mata..huhuu

Tiada ulasan: