Sabtu, 24 November 2012

aku panjat pokok?!!

Semalam semangat berkobar-kobar nak cerita pasal dulu-dulu.
Dulu-dulu..masa kanak-kanak ribena.Memang indah bila nak dikenang bila umur dah bertambah ni.Umur je bertambah,hati sentiasa muda..hehe

Oleh kerana sekarang ni musim buah.Nak cerita pasal buahlah.Bila dah duduk di perantauan ni, aku dah jarang nak makan buah2 ni.Bukan tak ada yang jual buah2 kat sini,berlambak kat tepi jalan tu..tapi tak ada nafsu nak beli,walaupun nafsu nak makan tu ada, tapi...

sumber google ; nampak kan! berlambak!!

 
Setiap kali nak cuba beli.. mulalah..tak freshlah..buah dah lama lah.. memilih betul!! Bersyukurlah apa yang ada tu(ketuk kepala jap)..sebab tulah aku jarang beli..Kalau nak sangat baru beli..Bukan apa..nilah yang nak buka cerita masa zaman kanak2 rebina.. hehe..

Bersyukur sangat aku dibesarkan di kampung..rumah di tepi jalan besar/jalan utama (dululah.. sebelum ada highway tu..)
 Lepas tu belakang rumah ada kebun buah..korang cakap nak apa? .. manggis..langsat..cempedak..jambu..rambutan..durian pun ada!..opss lupa pulak,tak ketinggalan buah mata kucing.. aku panggil buah bedara (bidara lah tu) yang terletak depan rumah je... ko ada!..yang tak ada buah epal..anggur..strawberi je.. hahaha..
Kan aku dah cakap...bukan aku memilih, dah kalau semua buah,senang2 je dapat yang fresh nak cakap apa lagi. Cuba korang bayangkan... ( aku, nak ingat baliklah..) .. nak buah manggis aku panjat pokok manggis..makan atas pokok lagi(ok! jgn tiru ye!..tak sopan namanya tu! )..rasanya..mmm nikmatnya! like a heaven. Dengan rasanya yg manis..baunya yg harum.. isinya yg putih susu.. ...syukur alhamdulillah aku dapat rasa semua tu.. 

sumber google : manggis oh! manggis

Belum lagi aku cakap bila nak makan durian..tunggu jelah sambil menonton tv..gedebuk!..durian jatuh..apa lagi,kutip la..makan jam tu juga..wanginya durian tu..usah cakap..terbaik!!

sumber google: raja segala buah

Kalau nak diikutkan semua buah nak diceritakan..semua buah ada kenangan..dah,yang ni last aku cerita... pasal buah rambutan...rambutan macam2 jenis ada..aku paling suka makan buah rambutan yang warna kuning tu aka rambutan gading..dulu-dulu kat tepi rumah je..nak makan kait je.. dulu rambutan tu aku hiris banyak2 kemudian simpan dalam peti..dah sejuk baru makan..korang pernah buat?..sedap tau!!
  
sumber google: rambutan gading yang aku suka :)
 Sebenarnya cerita buah-buahan ini adalah lanjutan dari kisah mak aku yang datang minggu lepas..masa mak aku datang kat rumah aku, ada beli sikit buah langsat dan manggis kat tepi jalan.. masa mak aku balik kampung, aku suruh mak aku bawa balik sekali buah (langsat je)..pasal takde orang yang nak makan..bila mak aku dah balik, aku terasa nak makan manggis..bila aku tengok..manggis dah tak ada!..uwwa!!..sekali ngan manggis mak aku ambik...huhu..takde rezeki aku..nak pergi beli dah malas..mujurlah sempat aku makan 2-3 biji hari tu..takpelah..

 

2 ulasan:

Faaein Talip Roy berkata...

dah lama tak makan buah-buahan macam ni.. =(

ieda79 berkata...

kenangan yang indah untuk dikenang..