Selasa, 27 November 2012

terima kasih mak!!

Assalamualaikum.

Mak!.. mak apa khabar? mak sihat? mak dah makan?..mak cukup tidur tak? mak penat ye?!

Maaf mak, saya kat sini mak kat sana..jadi, tak dapat nak masak untuk mak..

Maaf mak, saya kat sini mak kat sana..jadi, saya tak dapat nak picit mak kala mak penat kerja seharian..tapi hari tu rodhi ada bagi mesin urut yang tak berjenama tu..mak dah guna ke?..macammana mak?..lega sikit tak?

Maaf mak, saya kat sini mak kat sana..jadi, saya dah tak dapat teman mak tidur..

Mak.. 
Walaupun mak tak dengar dan mak tak baca blog saya.. saya tau mak akan tau juga perasaan saya ini..walaupun kita tak berkomunikasi macam orang lain.. 

Mak..
Sempena hari lahir saya pada hari ini ..saya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada mak... 
kesusahan..kepayahan..keperitan..kejerihan
yang telah mak lalui masa mak lahirkan, serta membesarkan saya..tak dapat untuk saya membalasnya..
  
" Ya Allah ya tuhanku..Kau ampunkanlah dosa kedua ibubapaku..ku memohon kepadaMu kesejahteraan keatas kedua ibubapaku..Kau lindungilah mereka dari perkara yang tidak baik...Kau limpahkanlah rezeki buat mereka..Kau berkatilah hidup mereka..Kau lindungilah hati mereka..Semoga mereka sentiasa dijaga olehMU..amin."


2 ulasan:

kujie berkata...

terus capai tepon telefon kedua2 mak juga lepas baca entri ni

ieda79 berkata...

oh ye ke?..beruntunglah mereka.. tapi ieda tak boleh..mak ida oku(pekak/bisu)..dulu, mak ada pakai telefon,masih boleh lagi ieda hantar sms..sekejap je , mak pakai h/p..lepas tu mak tak nak pakai dah..mak cakap tak nampaklah..tak pandailah..(mungkin dihatinya rasa sedih..ada telefon tapi.. tak boleh cakap dgn anak..mana tau kan..hanya mak je yg tau..) :'(