Khamis, 22 November 2012

Doa untuk Gaza



sumber google

 Assalamualaikum.

Berpeluh juga nak buat entri ini.Sedar sepatutnya dah lama buat entri ini, tapi tak ada kekuatan. Sedar diri juga, rasanya tak layak untuk bercakap tentang ini.Sebenarnya hati ini banyak bertanya..cukup ke? ikhlas ke?perlu ke?

Semua sedia maklum, bumi Gaza diserang Israel..nak sebut Israel pun rasa macam nak pitam. Dengan kekejaman yang dilakukan oleh mereka rasa nak tembak mereka itu..

Serius cakap, aku memang tak sanggup nak tengok gambar rakyat Pelestin yang dipaparkan di merata tempat,tak kiralah di mana medium pun.Gambar kesan dari bedilan..tembakan..... hatiku berbisik, perlu ke paparkan gambar jenazah mereka yang terkorban..sangat2 menyayatkan hati..aku tak sanggup nak lihat..bukan nak cari salah..namun hati kecilku ini berkata..'hormatilah jasad itu' ..   

DOA.. doalah dengan ikhlas!..doakan moga rakyat Pelestin sentiasa dilindungi Allah S.W.T  ...  
Aku?.. tak mampu nak berkata-kata..ikhlas dari sudut hati aku..aku hanya mampu untuk mendoakan..doa2 dari saudara2 sesama islam untuk rakyat pelestin dimakbulkan olehNya.. ah!susah sangat ke untuk mendoakan kesejahteraan rakyat pelestin?.. dah itu saja aku mampu... setiap kata, setiap kalam adalah milikNya...

Aku tahu aku banyak kekurangan...

Tiada ulasan: