Isnin, 21 Januari 2013

1001 macam cerita

gambar dari Adawiyah Hairuni



 Assalamualaikum.

Gambar kat atas ni aku ambil kat fanpage sekolah lama aku..dah minta izin kat tuan punya gambar dah..terima kasih Adawiyah Hairuni..

Bila tengok gambar ini...mungkin hanya pandangan biasa sahaja..tapi bagi aku dan bagi mereka yang mengetahui..melalui..merasai..tentu banyak cerita yang nak di kongsikan..

Gambar ni di ambil di sebuah pekan di tempat kelahiran aku..kalau korang datang sini,korang panggil pekan..tapi aku dan mereka2 yang duduk kat sini..panggil bandar..haha..bandarlah sangat...kecik je bandar kami ni.. pusing sini pusing sana tang tu juga jumpa..

Kedai tu namanya..Loh Pin  Fui.. dulu-dulu kedai ni glamer bagi budak-budak sekolah.. nak cari kasut sekolah.. buat 'name teg'..alat tulis dan sewaktu dengannya...datanglah kat kedai ni..yang paling laris kat kedai ni..surat khabar....macam2 komik..majalah pun ada...memang femeslah kedai ni... kalau p turun bandar tak sah kalau tak melepak kat sana...buat macam gambar pakcik kat atas tu..hehee

Banyak fungsi kedai ni.. antaranya... 'mak nak ke pasar, g beli surat khabar kat kedai 'pin poi' lepas tu tunggu mak kat sana' ... 
nampak tak fungsinya? :)
Kedai ni memang tempat yang paling tepat untuk menunggu orang...sambil tunggu sambil membaca 'free' 

Nampak tak pakcik yang tengah khusyuk membaca... sesiapa yang asal dari bandar ni..kalau tak kenal pakcik ni..memanglah!... sebab tu aku cakap gambar ni 1001 macam cerita... sedih tau cerita pakcik ni.. kalau orang luar datang tengok pakcik ni..mesti sangka pakcik ni orang gi**(jangan buruk sangka..tak baik..disebalik kejadian ada sebabnya..)
 macam2 versi cerita aku dapat tentang pakcik ni... kenapa dia nampak macam tu?... .ada yang kata pakcik ni orang yang bijak pandai..oleh sebab yg tertentu pakcik ni tak dapat sambung belajar..kecewa kerana tak dapat sambung belajar..tu jadi camtu..ada juga yang kata pakcik ni kecewa dalam percintaan... entahlah aku pun tahu cerita yang sebetulnya (khas untuk orang kampung; kalau ada mereka yang membaca blog aku ni..yang tahu kisah benar pakcik ni..sudilah berkongsi ye!..)
 ada ke orang kampung baca blog ni.. huhuu


Notahati: balik kampung nanti..ingat nak singgah kedai loh pin fui..nak melepak sambil membaca 'free'..sambil menjeling2 nak cari pakcik subuh..dah lama tak jumpa :)

10 ulasan:

Yunus Badawi berkata...

Ini kat pekan Maran ke?

ieda79 berkata...

yelah YB...dah pernah sampai ke?

Yunus Badawi berkata...

Semasa belum ada LPT dulu mestilah lalu situ kalau nak ke Kuantan atau balik dari Kuantan.

Saya pernah singgah bersarapan pagi di situ dan pernah solat jamak Zohor/Asar di Masjid As-Syakirin tu. Rumah ieda dekat dgn bandar tu ke?

ieda79 berkata...

dari kampung saya,nak ke pekan maran tu adalah dlm 15 min..tepi jalan je kampung saya tu..sah2 Yb lalu kat depan rumah saya..sebab rumah saya tepi jalan je..kalau tau YB singgah maran boleh jemput YB datang kerumah..(macamlah kta dah lama kenal ye, YB:)

bila dah ada LPT..dah tak banyak kereta lalu..lori2 banyaklah...

kuat betul ingatan YB..sampai sekarang YB ingat nama masjid tu..

Yunus Badawi berkata...

Dulu saya banyak travel masa kerja dgn Shell. Saya pernah melawat stesen Shell yg di Seri Jaya tu. Ada buat kerja upgrading sikit.

Pada tahun 1996 saya terlibat di dalam pembinaan stesen Shell baru menggantikan yg lama di Kg Awah.

Oh rumah ieda di tepi jalan aje ek? Senanglah bila balik kampung sebab tak perlu jauh masuk ke dalam.

ieda79 berkata...

YB ada buat catatan ke? semua tempat yg YB pergi sampai sekarang masih ingat..

kalau dari seri jaya nak ke maran memang lalu kampung saya tu..YB perasan tak? kampung Luit

1996..saya masih belajar..masih lagi berada di kampung..
oo..YB pernah terlibat dgn upgrade stesen shell di kg.awah(tu kg tempat kelahiran dato'siti )
seingat saya abang kepada cikgu saya ada memiliki stesen minyak di kg.awah..mana tau mungkin, yg YB upgrade tu dia punya...

kerja YB banyak berjalan..YB pun tentu banyak pengalaman kan?

Yunus Badawi berkata...

Saya tak buat catatan masa tu. Cuma skrg bila dah ada blog dan fb ini adalah yg sama masukkan dlm blog atau di wall fb saya.

Saya ingat lagi Kg Luit tu. Yang masjid di atas bukit tu ke?

Betul saya pernah terlibat dgn upgrade stesen shell di kg awah tu. Stesen lama kami robohkan dan ganti dgn stesen baru. Abg kpd cikgu ieda tu pengusaha stesen shell atau petronas? Sebab kedua2 stesen tu tak jauh antara satu sama lain.

Dulu masa kerja shell saya memang banyak berjalan kerana saya bertanggungjawab terhadap stesen2 sykt. Mana ada projek saya akan pergi. Ini termasuklah semasa pembinaan stesen shell di R&R Temerloh di kedua2 belah highway.

ieda79 berkata...

masjid kg.Luit tepi jalan je YB..dah dekat dgn rumah saya..kalau dr maran ke seri jaya..Yb akn jumpa sekolah rendah..depan sikit baru jumpa masjid..lepas masjid.. klinik desa..depan sikit..baru jumpa rumah saya..
masjid atas bukit tu di mana ye YB perasan?..sebab selain masjid..surau2 kat kampung saya semuanya tepi jalan..satu je surau kena masuk dalam sikit...

mungkin saya salah..tapi rasanya abg cikgu saya tu pengusaha minyak shell..dah lama YB, dah tak ingat..last saya pergi singgah..masa kanak2 lagi :)

kalau stesen minyak dekat r&r temerloh saya selalu juga singgah..lepas ni kalau singgah mesti ingat YB..banyak jasa YB :)

Yunus Badawi berkata...

mungkin itu masjid kampung lain yg atas bukit tu. Tapi seingat saya semua masjid di kawasan itu tepi jalan besar termasuk yg di atas bukit tu. Taklah jauh ke dalam.

Mungkin juga dia pengusaha stesen shell. Saya dah lupa sebab masa kami bina stesen tu dia takde di situ.

Nak kata banyak sangat jasa tu tak jugalah. Dah itu kerja saya.

zaligt berkata...

biase nampok pakcik suboh ni..cian dia..