Khamis, 3 Januari 2013

Cikgu cakap angah boleh pilih kelas yang angah suka ;)

Assalamualaikum.

Berikutan cerita semalam..kat sini .. Hari ini aku dengan semangatnya..pergi ke sekolah untuk melaksanakan misi yang telah diserahkan oleh somi aku :)

Ikutkan..tak maulah kecoh-kecoh.. redha jerlah..tapi si angah nak tau juga sebab apa dia di buat begitu..sobb..ssobb..sedihnya dengar dia cakap macam tu.. ada bunyi kecewa kat situ..

Dalam pukul 2 petang.. aku sampai  di sekolah.. angah sekolah di sessi petang.. Biasalah kat sekolah ni kalau ingin berurusan dengan cikgu kena ke pejabat..berurusan dengan kerani kat sana dulu..Kerani kat sana telefon cikgu yang berkenaan..katanya cikgu tak angkat telefon..adalah dalam 15 minit lepas tu..aku berurusan dengan penyelia petang pulak...bla..bla..bla.. 

Puan penyelia petang ( yg aku lupa nak tengok tanda namanya dan lupa nak tanya namanya.)..Beliau dah semak segala keputusan peperiksaan anak aku tahun lepas.. Dia cakap anak aku memang layak duduk kelas pertama...Ok!..aku cuma nak tahu, kenapa anak aku ditukarkan kelas je..Jadi kena tunggulah pulak cikgu kelas kedua tu..15 minit juga menunggunya..

Penyelia petang duk berdiskusi pulak dengan cikgu dari kelas kedua ( yang aku juga dah lupa namanya )..Habis tu, aku pun diberitahu ada kesilapan teknikal.. jauh sangat rasanya kalau tersalah taip nama ke..dah..aku malas nak banyak tanya .. terima jerlah.. Aku diberitahu anak aku layak masuk kelas pertama.. penyelia boleh pulak tanya aku nak kekalkan anak kat kelas kedua atau masuk kelas pertama.. Aku dah tak kisah dah..aku suruh cikgu kelas tu tanya kat anak aku dia nak masuk kelas mana.. Dalam sejarah betul!!..anak aku boleh pilih mana kelas dia nak masuk!!..Tapi aku tengok tadi cikgu kelas kedua tu ok je.. Angah! kalau mama, mama duk jer kelas kedua tu.. macam abah cakap semalam.. Bukan cikgu yang pilih angah duduk kelas kedua,tapi Allah... mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya..

Menunggu angah balik dari sekolah..nak tau dia pilih kelas apa..

NOTA TAMBAHAN : balik sekolah semalam terus mama tanya angah... angah pilih kelas pertama... jika angah nak kekalkan kedudukan ini, lepas ni angah kena lebih berusahalah ye!

Tiada ulasan: